Followers

Saturday, November 23, 2013

Cinta itu fitrah...

Hari ini ku lihat awan biru...
Langit mendung menemaniku...
Ku melihat hijaunya dedaun...
Tenang dan aman...
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yg sebenar...

Tidak pernah ku rasa perasaan yg begini...
Tulus utk mencintaimu...
Semua kerana dirimu...
Ku berubah hidup kini...
Penuh dgn senyuman...

Mmg betol ape yg orang bercakap...
Kalau takut dilanda ombak...
Jgn berumah di tepi pantai...
Aku yg memilih utk bercinta...
Dan aku akn sentiasa utk bersedia dlm bercinta...

Takkan pernah aku menginginkanmu...
Menangis keranamu...
Jatuh cinta padamu...
Semua kerana cinta...
Cinta itu fitrah manusia...
Ia hadir sendiri...
Tidak pula aku meminta...

Tak terbatas ruang mindaku kerana...
Menerima dirimu seadanya...
Aku menerima ap sj kekurangan yg ada pada dirimu...
Kerana....
Separuh hatiku tertinggal hanya untukmu jua...
Hatiku telahpun dirimu ambil...
Bila kau tiada walaupun sketika...
Diriku akn merasa sunyi...
Rinduuu....
Rindu itu sakit...
Rasa seperti ditusuk2 hati ini...
Dalam percintaan harus wujud kesabaran..
InsyaAllah,  akan ad sesuatu yg manis yg akn menanti...

Aku akn sentiasa berada disampingmu...
Walau dirimu jauh...
Ak akn tetap ada...
Bersama2 mengharungi hidup ini...
Susah senang kita harungi bersama...
Miss u...
   
                                                                                   Nukilan...
                                                                                  -Hanis Abdul'


Monday, August 26, 2013

Apa Yang Awak Rasa, Sama Dengan Apa Yang Saya Rasa

Kemain panjang tajuk. Kehkeh.
Memang itu yg saya rasa. Saya tau awak syg saya dan saya juga rasa benda yg sama.
Eh senang kata sama lah kita berdua. Kehkeh.
Kita sama-sama tahu masa akan dtg, kita tetap akan berpisah.
Tapi kita juga sama-sama x mahu perkara tu berlaku sebenarnya.
Everything is planned kan? Mungkin kita rasa mcm tu
tapi x mustahil apa yg kita sangkakan itu berlaku sebaliknya? Hanya Allah yang tahu.
Kadangkala bila difikirkan semula kisah kita seperti dlm drama.
Kisah yg permulaannya bahagia, tetapi kemudiannya mengundang airmata.
Jujur, saya x mahukan perpisahan. Hari-hari saya akan kosong tanpa awak.
Senyum awak, lawak jenaka awak, kemanjaan awak, saya takut hilang semua tu.
Saya belum bersedia. Belum bersedia menjauh. Saya belum bersedia melepaskan.
Jika boleh diberi pilihan antara nyawa dan awak, saya pilih awak.
(Nak nangis lettew..ekekeke.)
Hari-hari saya hitung. Menghitung hari awak akn berlalu pergi. Saya takut. Jujur saya takut.
Biar pun lepas ni kita akan berjauhan, saya tetap xkan lupakan awak. TAK AKAN.
Ingat tu. Ingat sampai bila-bila. :'(





never forget you...

Aku malas nak tulis sebenarnya...
Tengok... kn da kena tulis...
Aku pun xtau ape yg aku nga pkir ni...

Kadang2 saya terasa nak jauhkan diri dr awk...
Saja buat2 gaduh...
Walaupun saya tau awak xboleh jauh dgn saya...
Tp kadangkala terpksa...
Kerana itu jalan yg terbaik...

Setelah apa yg saya lakukan skrg ni...
Saya tau susah utk undur balik...
seringkali sy berfkir...
Memikirkan keadaan yg akan berlaku pd masa akn datang...

Kalau awk ckp awak hati tisu...
Saya pun macam tu jgk...
Awak kn tau saya tak boleh dengar awk menangis...
Kenapa awk menangis utk saya?
Xada apa2 yg specialnya kt sy ni klau awk nk nangis...
Sayang air mata awak tu...

Bila saya tau awk nangis...
Awk tido xlena memikirkan saya...
Sy jd xtenang...
Sepanjang klas memikirkan psal ni...
Tlonglah jgnlah nangis ea...
Klau awk sayangkan sy jgnlah nangis psal saya...

Ye sy jnji sy xkn tinggalkan awak...
Saya xnk da wt2 gduh dgn awk lg...
Rasa cm nk sekeh je...
Senang je nk pjuk sy... hmm...
Yg penting awk bhagia...
Sy trut rasa seronok dan gembira...

Apa yg awk rasa sama je mcm apa yg sy rasa...

Thursday, August 22, 2013

Everything Is Planned


Ya. Aku yakin dan percaya dengan sesungguhnya
segala-galanya telah ditentukan.
Kita x tahu masa depan. Tapi Allah tahu segala.
Kita didunia kerana-Nya.
Kita masih bernafas kerana-Nya.
Segala ujian yang diturunkan juga semua
kerana DIA merindui tangisan kita.
Aku banyak berfikir sejak kebelakangan ni.
Setiap yang pahit pasti akn manis juga suatu hari nanti.

If yesterday didn't end up the way you planned,
just remember, Allah created today for you to start a new one.
Allah gives the best to those who leave the choice to HIM.

If Allah has taken from you that which you could've
never imagined losing, He will give you that which you
could've never imagined owning.

Thanks to those who make me smile yesterday, today and tomorrow. :-)


Tuesday, August 20, 2013

Degil.

Hari ni ada org marah aku. Bukan hari ni je.
tapi mmg sejak kebelakangan ni aku asyik kena marah je.
Sebab apa? Degil.
Dia kata aku degil sebab aku x boleh lupakan kenangan dulu.
Susah. Memang susah nak lupa.
Kenangan tu selalu ikut aku. Tapi aku tau, aku perlu lupakan jgk.
Tadi kne marah lagi.
Tapi senang je nak pujuk dia. Kehkehkeh.

Ye. Aku janji, aku akan usaha pergi.
Pergi meninggalkan semua kenangan. Walaupun susah.
Aku akan usaha jgk. Demi masa depan aku.
Aku xnak suatu hari nanti anak-anak dan isteri aku sedih
kalau mereka fikir yang aku masih sayangkn org yang aku x patut syg.
Aku janji. Aku akn lupakan kepahitan lalu.

The greatest test of faith is when you don't get what you want
but still able to say "Alhamdulillah".
If Allah brought you to it
you will have to trust that He will bring you through it.
I used to be. Yes. I do..


Itulah aku...

Assalamualaikum...
Cepatnya masa berlalu...
Blog aku ni da terlalu lama terabai...
Kdg2 byk sgt kenangan....
Sampai tak sempat pn nk tulis dalam blog...
Ni la blog utk anak2 aku nanti...
Satu hari nanti aku akan bkak blik...
Melihat kenangan2 aku yg susah utk dilupakan smpi skrg...

Walaupun kdg2 kita ingin lari dri kenangan...
Tapi kenangan tersebut selalu menghantui kita...
Makin kita lupa... makin ia datang...
Sentiasa teringat...

Terima kasih atas segalanya...
Yang pernah kau beri...
Amat ku hargai...
Semua ku simpan di dalam hati...
Segala suka dan duka...
Tatkala ku ingin bersendiri...
Slalunya ia akan hadir dgn sendiri...
Ku mengambil gitar...
Lalu ku mainkan lagu...
Walaupun tak pandai...
Utk meredakan segala keluh resah...
Yg bermain2 di fikiran...

Aku... adalah aku yg dulu...
Takkan pernah berubah...
Mcm mne aku yg dulu...
Itulah aku...

Sunday, July 28, 2013

Indahnya Lailatul qadr.

Assalamualaikum pembuka bicara.
Sedar x sedar pantas sungguh masa berlalu. Hari ni dah 20 Ramadhan. Maksudnya dah nak masuk 10 malam terakhir. Perkara yang paling dinanti oleh umat Islam pada 10 malam terakhir ni adalah Malam Lailatul qadr. Setahun cuma sekali. Beruntung bagi org yang berjaya bertemu dengannya.

Macam mana kita nak tau malam tu malam Lailatul qadr?


Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.”  (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).



Kita digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan berdoa. Diharus mendirikan solat sunat Lailatul Qadr apabila dirasakan telah tibanya waktu Lailatul Qadar. Solat ini sebagai tanda syukur seorang hamba disamping berdoa untuk mendapatkan keredaan dan manisnya Syurga Allah.

Lailatul Qadr xkn dtg kepada diri kita kalau kita x cari. Jadi korbankn waktu tidur untuk 10 malam terakhir ini dgn 'mencari' malam Lailatul Qadr. InsyaAllah kemanisan iman pasti kita kecapi. Semoga bertemu dengannya. Ameen ya Rabb... 




Monday, July 22, 2013

Islam Itu Indah

Bismillahirahmanirrahim..

Pernah x tanya pada diri? Apa kita benar-benar hidup berpegang pada agama? Larangan Allah kita tinggalkan, suruhan Allah kita jalankan? Kadang kala aku sendiri alpa, terleka. Rabb ku... Jangan Engkau pesongkn hatiku setelah Engkau beri aku petujuk. 

Seringkali tertanya. Dimana kedudukan kita disisiNya. Selama mana lagi hidup kita didunia. Allah Rabbul Izzati. Ingatkan aku ketika aku tersesat jauh. Sedarkan aku ketika aku menjauh. Matikan aku didalam Iman. Matikan aku dan mereka kerana mempertahankan Agama-Mu. 

Islam itu indah. Jangan kita susahkan. Pernah x fikir? Saat kita rebah, Allah tetap ada. Sebanyak mana pun dosa kita, permintaan kita tetap Allah terima. Selama hidup kita, pernah x kita ucapkan rasa syukur atas segala nikmat yg Allah kurnia? Tahu kan? Kita sihat atas izin Allah. Kita diberi kemewahan atas izin Allah. Kita ada rumah, ada kereta, ada duit walaupun sedikit atas izin Allah.
Pernah x kita sedar? 
Biasakan diri mulakan setiap hari dgn ucapan "Bismillahirahmanirrahim" dan akhiri hari dgn ucapan "Alhamdulillah". Kerana dipenghujung hari, kita masih diberi peluang untuk bernafas dan bernyawa. Alhamdulillah. Syukur ya Allah.. :')

If you really love Allah, then follow HIM.
Allah will love you and forgive your sins.
and Allah is oft-forgiving, Most Merciful. (3 : 31)


Tuesday, July 16, 2013

Segalanya Kamu Sahabat

Duhai sahabat...
Andai perkenalan kita ini diredhai Allah
Engkau genggam lah ukhuwah ini
Dengan rasa cinta kepada Illahi.

Sahabat..
Tatkala air mata turun laju membasahi pipi
Kau hadir untuk mendengar segala tangis

Disaat aku dipojok rasa duka
Kau turut menangis menelan bersama
Disaat aku terjatuh
Kau datang menghulur tangan supaya aku tetap ampuh

Sahabat..
Perkenalan kita tidak dijangka
Tetapi sejak kehadiranmu itu, hari-hariku lebih bahagia
Sejak kehadiranmu itu, hari yang selama ini kosong terisi sepenuhnya

Sesungguhnya satu aku ingin engkau tahu
Aku menyayangimu kerana Allah
dan aku berharap semoga ukhuwah ini kekal hingga ke Jannah

Friendship is the hardest thing in the world to explain
It's not something you learn in school
But If you haven't learned the meaning of frienship
You really haven't learned anything.





Friday, June 14, 2013

Andai ku Tahu...

andai ku tahu...

andai ku tahu...ini yang terakhir...
akan ku luang sepenuh masaku untuk dirinya...
tak kan ada sedetik waktuku jauh darinya...

andai ku tahu...ini yang terakhir...
takkan ku lepas pandanganku terhadap dirinya...
takkan ku henti tatap sayu parasnya...

andai ku tahu...ini yang terakhir...
kan ku genggam erat tangannya...
takkan ku lepas kucupan salam ku padanya...

andai ku tahu...ini yang terakhir...
akan ku penuhi segala keinginannya...
akan ku suap tiap titis minuman kegemarannya...

andai ku tahu...ini yang terakhir...
takkan ku lepas pelukan terakhirnya...
akan ku peluk erat tubuhnya...umpama esok tiada lagi...

andai ku tahu...ini yang terakhir...
tapi sayangnya...aku tak pernah tahu...
bahawa Allah S.WT.  
lebih menyayanginya...