Followers

Monday, July 22, 2013

Islam Itu Indah

Bismillahirahmanirrahim..

Pernah x tanya pada diri? Apa kita benar-benar hidup berpegang pada agama? Larangan Allah kita tinggalkan, suruhan Allah kita jalankan? Kadang kala aku sendiri alpa, terleka. Rabb ku... Jangan Engkau pesongkn hatiku setelah Engkau beri aku petujuk. 

Seringkali tertanya. Dimana kedudukan kita disisiNya. Selama mana lagi hidup kita didunia. Allah Rabbul Izzati. Ingatkan aku ketika aku tersesat jauh. Sedarkan aku ketika aku menjauh. Matikan aku didalam Iman. Matikan aku dan mereka kerana mempertahankan Agama-Mu. 

Islam itu indah. Jangan kita susahkan. Pernah x fikir? Saat kita rebah, Allah tetap ada. Sebanyak mana pun dosa kita, permintaan kita tetap Allah terima. Selama hidup kita, pernah x kita ucapkan rasa syukur atas segala nikmat yg Allah kurnia? Tahu kan? Kita sihat atas izin Allah. Kita diberi kemewahan atas izin Allah. Kita ada rumah, ada kereta, ada duit walaupun sedikit atas izin Allah.
Pernah x kita sedar? 
Biasakan diri mulakan setiap hari dgn ucapan "Bismillahirahmanirrahim" dan akhiri hari dgn ucapan "Alhamdulillah". Kerana dipenghujung hari, kita masih diberi peluang untuk bernafas dan bernyawa. Alhamdulillah. Syukur ya Allah.. :')

If you really love Allah, then follow HIM.
Allah will love you and forgive your sins.
and Allah is oft-forgiving, Most Merciful. (3 : 31)


No comments:

Post a Comment