Followers

Thursday, December 1, 2011

Selesai sudah BILIK 616...Novel apa pulak lepas ni...

Alhamdulillah...
untuk pengetahuan pembaca2 blog saya sekalian...
saya baru saja selesai membaca sebuah novel...
novel yg bertajuk BILIK 616...
yg saya pernah beritahu kpd anda sebelum ini...

saya tahu...
saya mengambil masa yg agak lama untuk menghabiskan bacaan saya tersebut...
ini juga disebabkan terdapatnya pelbagai2 halangan...
halangan2 seperti assignment adalah sesuatu perkara yg sukar dielakkan...
saya telah menghabiskan bacaan pada 1/12/2011...
iaitu hampir pukul 1 pagi...
dengan mempunyai 532 muka surat...
tak termasuk reference...huhu...

walau terdapat banyak halangan untuk menamatkan bacaan saya...
saya tetap menghabiskannnya juga sikit demi sikit...
selalunya sebelum tidur, 
saya pasti akan membacanya juga walaupun sikit...
dan apabila boring @ tiada keje yg ingin dilakukan...
saya pasti akan membacanya juga...

serba sedikit mengenai BILIK 616...:








Satu kejadian aneh berlaku di sebuah resort di Negeri Hang Tuah, Melaka.
iaitu Seri Melayu Resort...
Dengan tidak semena-mena... 
beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri. 

Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar. 
Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu. 
Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu. 

Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene. 
Kejadian misteri itu berulang lagi menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut. 
Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan. 
Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan Azhar untuk membongkar misteri itu.

Cara kehilangan pengunjung2 tersebut sangat misteri...
kerana setiap pengunjung yg check in BILIK 616 tersebut mesti akan hilang...
hilang begitu saja...

dan pengakhiran novel ini...
rupa2 nya bapa kepada pemilik resort tersebut...
iaitu Robert Tan yg mempunyai skandal dgn seorang model yg bernama Carina Wong...
telah membunuh wanita tersebut dgn kejam...
dan rahsianya yg sebelum ini disimpan dgn rapi...
akhirnya terbongkar dari BILIK 616...

terdapat banyak lagi kisah2 yg menarik dalam novel ini...
saya tak boleh nak cerita panjang2 kt sini...
jika pembaca2 semua berminat...
bolehlah membacanya sendiri...huhu...

sebenarnya kadang2 novel ini seram jugak...
bila saya bersendirian membacanya pada waktu malam...
kadang2 terasa macam meremang je bulu roma ni...
bila bacanya novel ni...
mesti akan rasa macam benda ini terjadi depan saya...
macam ada semacam perasaan takut menyulubungi diri ini...
melihat keadaan sekeliling...
dengan suasana malam yg dingin...

lepas ni saya x pasti nak baca novel apa plak...
kemungkinan saya akan membeli satu lagi novel selepas ini...
sebab kadang2 boring...
xtahu nak buat apa...
saya habiskan masa dengan membaca novel je la...
ok...sekian...



1 comment:

  1. assalam.. saya baru je nak baca novel ni... tapi secara e-book la. nak tanye, apa ayat terakhir utk page yg terakhir dalam novel ni? sebab saya takut kalau pages dalam e-book saya ni tak abis download. terima kasih :)

    ReplyDelete