Followers

Friday, December 17, 2010

Di SiNi iNSaN KaMiL DiLaHiRKaN...


terkenangku seketika,
terimbauku tentang dahulu kala.

betapa masih segar dlm ingatanku,

gambaran jelas akan bangunan sekolah kita,
sudahku hafal selok beloknya,
sudahku tahu tiap susun aturnya.

masih ingatkah kalian, kibaran megah sang bendera?
disapu lembut angin sang Pencipta,
kibarannya mengikut rentak dan irama,
lagu kebangsaan, jua sekolah tercinta..?

masih ingatkah?

kalian, sahabatku tercinta,

betapa masih segar dalam ingatanku,

jelas tergambar warna-warni perpustakaan,
di atas padang pula, pelajarnya bersukan,
bertebarnya mereka saling berkejaran,
baik lelaki dan juga perempuan,
atau lebih molek, putera dan puteri sebagai timangan,
sungguh ceria, dibaluti keriangan,
sukaria, membawa angan-angan.

kalian, sahabatku tercinta,

bait-bait sajak ini hasil nukilanku,
dituju khas kepada 'ex-azlan' khususnya,
anggaplah ia sebagai tanda tulus persahabatan kita,
yang telah terbina sejak sekian lama.

tetapi, jangan pula disalah sangka,
ku tidak bermaksud 'poyo', kerana ia tak kena gaya,
tidak juga berniat buruk, itu padah akibatnya,
cuma ungkapan indah baris kata-kata,
sebagai hadiah, yang tidak seberapa. =)

kalian, sahabatku tercinta,

betapa masih sayup kedengaran ditelingaku,

suasana riuh kelas kita,
suasana sembang sini dan sana,
terkadang mengasah bakat menjadi jurutera,
tidur diatas buku melakar 'peta',
setiap wajah, ada jenaka,
setiap kerusi, punya nostalgia,
setiap kelas, mengimbau sejarah kita.

tidak ku pasti perasaan kalian dalam hati,
merasakah lagi akan kalian suasana ini?
suasana kehidupan menengah rendah jua tinggi,
wujudkah seumpama ini di kelas-kelas pengajian tinggi?
baik di kolej mahupun di universiti?

wujudkah? samakah?

kalian, sahabatku tercinta,

betapa aku rindukan masjid sederhana besar itu,
tempat kita ditarbiyah tanpa jemu,
tempat kita bertakbir memuji Tuhan,
karpetnya kita sapu semasa form One,
kolahnya kita mandi jika putus bekalan,
mikrofonnya dipegang bagi yang mahu azan,
mathurat dibaca menjadi kebiasaan,
itulah kita yang dahulu bukan?

kalian, sahabatku tercinta,

betapa aku juga rindukan kita tidur beramai-ramai,
tidur awal, tidur lambat,
masing-masing punya hal sendiri,
bangun awal, bangun lambat,
masing-masing jaga punnggung sendiri,
libasan paip getah dihening subuh memang hak ustaz zaki,
beliau warden yang memang diingati,
pendidik pelajar dulu dan kini.
(ini kisah putera, kalau puteri aku tak pasti)

kalian, sahabatku tercinta,

betapa aku amat rindukan kita belajar bersama-sama,
kelompok pandai memikirkan jalan,
kelompok peniru tegar duduk bersebelahan,
kerja sekolah adalah kewajipan,
sabar menyiapkan penuh ketekunan,
jadi mengapa sekarang bermalas-malasan?
bukankah kita dahulu pernah menempa kejayaan?
SPM hanyalah satu persinggahan,
ia bukan satu pengakhiran,
kejayaan bukan diukur dengan slip peperiksaan,
kejayaan itu apabila kita bangkit semula melangkah kehadapan.

kalian, sahabatku tercinta,

ya, kita sudah dewasa,
ya, kita telah meningkat usia,
kebanyakan kita wujud di segenap pelusuk dunia,
utara selatan tunjukkan saja,
timur dan barat usah ditanya,
dimana saja pasti berjumpa,
mencari ilmu semampu kita,
selagi Dia memberikan nyawa.

kalian yang aku harapkan,

teruslah menabur budi walau secebis kebaikan,
bencilah keburukan dengan keimanan,
sedaya usaha semampu kalian,
sedaya upaya menyemai kesungguhan,
dan semoga kalian tidak dilupa jangan,
akan sebuah sekolah dengan gelaran..

"Di Sinilah Insan Kamil Dilahirkan."

No comments:

Post a Comment