Followers

Friday, November 26, 2010

Facebook Tempat Paling Bahaya Dalam Dunia?

Semenjak dua menjak ni kita pasti sudah tidak asing lagi dengan facebook. Facebook menjadi satu dunia baru untuk kita berjumpa kawan kawan lama.tidak lupa juga musuh musuh lama(dalam hati ada najis)…hahaa….Tidak kurang hebat juga kita memiliki kawan kawan baru yang langsung tak pernah kenal sebelum ini.
Kadang kadang tanpa kita sedar kita dan mereka (kawan kawan) telah mengekspos diri secara berlebihan dalam facebook.
Segala macam mak nenek dimasukkan dalam facebook. Ini termasuklah profile yang menarik perhatian dan gambar gambar yang pelbagai. Jangan kita lupa bahawa sebenarnya dunia facebook sedang mengintai kita dan mendedahkan kita kepada bahaya.
Jadi untuk mengelakkan bahaya dalam dunia facebook aku nak kongsikan beberapa tip dan pengalaman aku dengan dunia facebook serba sedikit.
Password
Jangan langsung bagitahu kepada sesiapa pun walaupun dia orang yang anda sayang. Password yang mudah di kesan juaga harus dijauhi.
Khabar Angin
Dunia internet selalunya penuh dengan kabar angin, tak tahulah ianya secara kebetulan atau tidak. Jadi hati hati dengan kabar angin. Periksa asal usul kabar angin terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kecelaruan sebelum membuat komen atau menfowardkan kepada rakan rakan tentang sesuatu berita,gambar gambar, artikel artikel dan macam macam lagi.
Profile Lengkap
Elakkan terlalu meletakkan profile lengkap yang teramat sangat, nanti takut takut ianya akan menyusahkan kita pulak. Bukan aku nak mengajar untuk menipu tetapi sekiranya ianya tidak mengancam keselamatan sosial kita ianya tidak menjadi masalah.
Gambar Terpilih
Dalam keghairahan mengupload gambar ke facebook pastikan pemilihan gambar dibuat dengan betul. Pilih gambar yang tidak terlalu perbadi dan terlalu membahayakan diri sendiri. Maklumlah dalam facebook gambar pun boleh dikomen yang bukan bukan juga. Jadi elakkan disebabkan gambar anda akan diselebungi dengan masalah akibat dari intepritasi yang salah oleh tukang komen dan mereka yang berkaitan dengan gambar.
Pilih Kawan
Anda berhak samada untuk membuat approval atau memilih siapa untuk menjadi kawan kawan anda. Sekiranya anda rasa kawan anda tidak akan mengundang masalah pada anda dan keluarga jadi approvekan sahaja. Kalau sekiranya kawan anda boleh mengundang masalah pada anda jangan ragu ragu untuk gugurkan kawan anda dari senarai kawan anda.
Jadi untuk menentukan samada FB adalah tempat paling bahaya dalam dunia ataupun tidak ianya adalah terletak pada kita sendiri untuk menentukannya.

No comments:

Post a Comment