Followers

Monday, November 8, 2010

Apakah Ciri2 Sahabat Yang Baik???

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
 “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,
 maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan mengingati & melindungi kamu; 
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; 
-Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; 
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; 
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai kamu;    
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; 
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; 
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; 
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; 
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; 
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; 
-Jika engkau dalam kesedihan,dia akan bersedih dgnmu & cuba utk menceriakan kamu;
-Jika engkau dalam kegembiraan,dia akan menceriakan kamu lagi wlaupun dia dlm kesedihan;
-Dia tidak akan mengutukmu & mentertawakanmu;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; 
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat;
-& yg paling penting,susah senang dia akan tetap bersama kamu.


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu 
berhati-hatilah jika memilih kawan. 
Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

1 comment:

  1. sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyinar..
    sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan..
    sahabat sejati sentiasa menjadi pendorong
    impian..
    sahabat yg berhati mulia pastinya membawa kita ke jalan yg diredhai-Nya..
    same2lah kite berusaha utk menjadi sahabat yg baik ea.. insyaAllah.. ^_^

    ReplyDelete